Friday, October 31, 2014

Penghujung October/14

Actually, sem kali ini
Buat aku tewas, kalah, gagal kawal diri.
Kadangkala mahu sahaja campakkan diri.
Lambungkan diri bagaikan belon belon yang menghampiri.
Kalah pada matahari satu punca.
Punca cahaya yang terus-terus menerangi mata.

Pagi-pagi awal sepagi pagi keadaan.
Nak hitung dapat ilmu masuk serap dalam-dalam otak,
payah ----
susah ----
Dan sewaktu dengannya.
Kadangkala, masuk ke kelas. 
Hanya jiwa sikit ada, roh hilang pegi minum starbucks!
Maybe ----
Niat dan niat dan niat nak perah otak yang dah berbukit bukit dan berbatu-batu rendam dengan mimpi yang tak nyata itu tinggi. 
Tapi, hancus, melebur macam gula-gula getah bila dikunyah.

Pertama, ilmu yang diturunkan mungkin singgah di perhentian Pudu!
Kedua, ilmu yang diturunkan tak seserap keadaan seperti sedutan vakuummm.
Ketiga, ilmu yang diturunkan mungkin tidak masuk hati.

Mak selalu pesan, buat kejadah kerja apa pun perlu diutamakan dengan niat.
Mungkin niat ada, cukup 1 markah.
Sungguh cukup untuk bekalan kelak.

Tapi, masalah sekarang, masuk kelas.
Mata bagaikan banjir, tangisan si adik kecik.
Sakit yang kadangkala nak terangkan pun payah.

Hai lah mata, 
Berbaktilah kepada tuanmu sementara.
Untuk balas jasa ibubapa sementara bernyawa,
Hai lah mata.

Hai -------

No comments: